Aras

Setup Analytics Storefront: GA4, GTM & Meta Pixel

Sambungkan Storefront kepada GA4, Google Tag Manager, atau Meta Pixel anda. Panduan ini terangkan precedence, event, testing, dan perkara privasi yang perlu anda tahu.

Dikemas kini 26 Ogos 2026Untuk HQ

Storefront Analytics membolehkan HQ hantar event daripada kedai awam anda kepada tool analytics milik anda sendiri. Ia berasingan daripada laporan dan attribution yang ARAS simpan untuk workspace.

Buka Storefront → Analytics dalam Dashboard. Tab ini hanya tersedia kepada HQ kerana ia mengubah tracking untuk storefront awam seluruh workspace.

Pilih GA4 Atau Google Tag Manager

Hidupkan Tracking enabled dan pilih setup yang sesuai:

  • GA4 terus — masukkan Measurement ID seperti G-XXXXXXXXXX jika anda mahu ARAS hantar event terus ke property GA4 anda.
  • Google Tag Manager (GTM) — masukkan Container ID seperti GTM-XXXXXXX jika anda mahu urus tag dan routing sendiri dalam GTM.

Jika kedua-dua ID diisi, GTM mengambil keutamaan. ARAS tidak load GA4 secara terus apabila GTM Container ID ada, supaya event tidak terhantar dua kali. Meta Pixel boleh digunakan bersama salah satu setup Google ini.

Masukkan Meta Pixel ID berangka jika mahu hantar event ke Meta. Simpan dengan Save Changes selepas semua ID dan toggle sudah betul.

Event Yang Akan Dihantar

Selepas tracking aktif, bridge ARAS menghantar event storefront utama seperti:

  • lawatan kedai dan paparan produk;
  • tambah ke cart, lihat cart, dan mula checkout;
  • checkout yang redirect kepada bayaran online; dan
  • purchase untuk order COD yang berjaya dicipta atau bayaran online yang sudah disahkan.

Untuk GA4 dan GTM, event menggunakan data seperti product ID, kuantiti, nilai, mata wang MYR, dan transaction ID. Purchase bukan signal untuk awaiting_payment; bayaran online hanya dihantar sebagai purchase selepas status payment disahkan.

Cara Test Tracking

Hidupkan Debug mode sementara dan buka URL storefront anda dalam sesi browser baharu. Debug mode menulis log event ARAS dalam browser console.

Semak event di tool yang berkenaan:

  • GA4 — buka DebugView, kemudian lawati storefront dan buat perjalanan test;
  • GTM — buka Tag Assistant Preview, masukkan URL storefront, dan lihat event dalam container; atau
  • Meta Pixel — gunakan Meta Pixel Helper atau Test Events dalam Events Manager.

Matikan Debug mode selepas selesai. Debug mode hanya membantu pemeriksaan di browser; ia bukan pengganti semakan event di tool analytics anda.

Privasi Dan Masalah Biasa

ARAS menghantar event dan nilai yang diperlukan untuk analytics, tetapi bridge ini tidak menghantar nama, email, nombor telefon, alamat, atau checkout URL customer. Meta Advanced Matching juga tidak dihidupkan oleh ARAS. Jika anda memilih untuk menggunakannya melalui setup Meta anda sendiri, pastikan consent dan pengurusan data anda sudah sesuai.

Jika event tidak muncul, semak perkara ini:

  • Tracking enabled masih hidup dan anda sudah tekan Save Changes;
  • GA4 ID bermula dengan G-, GTM ID bermula dengan GTM-, dan Meta Pixel ID hanya nombor;
  • jika GTM ID ada, cari event dalam GTM — bukan direct GA4 DebugView; dan
  • Debug mode hanya memberi log console, jadi event masih perlu disemak di tool provider.

Tracking configuration dimiliki oleh halaman Storefront → Analytics. Jika setup lama hilang selepas perubahan branding, masukkan semula ID di halaman ini dan simpan sekali lagi.


Adakah artikel ini membantu?

Artikel berkaitan