Terima & Proses Order
Order boleh masuk ARAS dari lima jalan berbeza. Panduan ini terangkan setiap satu, dan apa yang anda buat selepas order sampai.
Semua order duduk dalam satu senarai di halaman Orders, tak kira dari mana ia datang. Itu sebab utama ARAS wujud.
Lima Jalan Order Masuk
Storefront anda. Customer beli sendiri di store.aras.my/nama-kedai-anda. Order masuk automatik, lengkap dengan alamat dan cara bayar.
Key-in manual. Untuk order yang datang melalui WhatsApp, Instagram, atau bersemuka. Tekan butang order baharu dan isi sendiri. Ini jalan paling kerap digunakan seller Malaysia.
Bulk order. Kalau anda ada banyak order sekaligus — contohnya selepas satu sesi live — anda boleh masukkan beberapa order serentak dan bukan satu-satu.
WooCommerce, TikTok Shop, Shopify. Kalau kedai anda disambung, order masuk sendiri sebaik sahaja customer checkout di sana. Lihat kategori Integrasi untuk cara sambung.
Ejen anda. Bila ahli pasukan key-in order, ia muncul dalam senarai anda sebagai HQ. Ejen itu sendiri hanya nampak order dia.
Apa Yang Berlaku Selepas Order Masuk
Setiap order baharu bermula dalam keadaan belum diproses. Yang anda buat seterusnya biasanya ikut urutan ini:
- Sahkan order — semak barang, kuantiti, dan alamat customer betul
- Sahkan bayaran kalau ia bukan COD
- Jana AWB supaya label penghantaran siap
- Serah parcel kepada courier
- Status penghantaran akan kemas kini sendiri selepas itu
Langkah 5 itu penting: selepas AWB dijana, anda tidak perlu kemas kini status secara manual. Courier hantar kemas kini terus ke ARAS.
Order Yang Ditanda Sebagai Berkemungkinan Duplikat
Kadang-kadang customer tekan checkout dua kali, atau ejen key-in order yang sudah pun masuk dari storefront. ARAS tandakan order yang nampak berulang dengan satu titik kecil dalam senarai.
Tanda itu bukan keputusan — ia hanya isyarat supaya anda semak. Kadang-kadang customer memang beli dua kali betul-betul. Lihat Order Duplikat untuk cara ia berfungsi.
Kenapa Ejen Tak Nampak Order Anda
Kalau anda HQ, anda nampak semua order dalam workspace. Ahli pasukan hanya nampak order mereka sendiri — ini disekat pada peringkat pangkalan data, bukan sekadar paparan. Baca Peranan & Kebenaran untuk butiran penuh.
Order Dari Singapore
Kalau anda jual ke Singapore, order SG disimpan dalam dua mata wang serentak — SGD untuk customer dan courier, MYR untuk penyelesaian anda. Ini penting terutamanya untuk COD. Lihat Order Singapore & COD.
Adakah artikel ini membantu?

