Kos Penghantaran & Penghantaran Percuma
Apa yang customer bayar untuk penghantaran, siapa yang boleh mengubahnya, dan kenapa satu produk yang ditanda penghantaran percuma boleh menjadikan seluruh order percuma.
Kos penghantaran yang customer nampak semasa checkout dikira mengikut zon — Semenanjung dan Sabah/Sarawak dikenakan kadar berbeza, seperti kadar courier sebenar.
Siapa Yang Boleh Mengubah Kadar
Ini bergantung pada mode courier anda:
Mode A — anda menghantar melalui akaun ARAS, jadi kadar yang dipaparkan adalah kadar ARAS dan ia baca sahaja. Anda tidak boleh mengubahnya.
Mode B — anda menghantar melalui akaun Ninja Van anda sendiri dengan kadar yang anda rundingkan, jadi anda boleh menetapkan kadar setiap zon sendiri dari halaman tetapan penghantaran storefront.
Lihat Mode A vs Mode B.
Kalau EasyParcel Diaktifkan Untuk Anda
Sesetengah workspace diaktifkan untuk EasyParcel. Bila ia hidup, checkout tidak lagi menunjukkan satu kadar zon tetap — sebaliknya customer memilih daripada pilihan penghantaran sebenar, dengan harga dan anggaran masa penghantaran masing-masing.
Dua perkara yang berubah bila ini aktif:
- Kadar zon yang anda tetapkan tidak lagi menentukan apa yang customer bayar untuk pilihan tersebut; kadar EasyParcel yang berkuat kuasa
- Sesetengah pilihan penghantaran tidak menyokong COD. Bila customer memilih pilihan sebegitu, COD akan hilang dari senarai cara bayar walaupun anda menghidupkannya
Perkara kedua itu punca biasa laporan "COD hilang di storefront saya". Lihat COD & Surcaj COD.
Kalau anda tidak pernah nampak pilihan penghantaran berbilang di checkout anda, EasyParcel belum diaktifkan untuk workspace anda dan bahagian ini tidak terpakai.
Ambang Penghantaran Percuma
Anda boleh menetapkan jumlah belanja di mana penghantaran menjadi percuma — contohnya penghantaran percuma untuk order melebihi RM150.
Ini alat purata nilai order yang paling mudah. Tetapkan ia sedikit di atas saiz troli biasa anda dan customer akan menambah satu barang lagi untuk mencapainya.
Tetapkan terlalu rendah dan anda hanya memberi penghantaran percuma kepada order yang anda akan dapat juga.
Penghantaran Percuma Setiap Produk — Baca Ini Dengan Teliti
Setiap produk boleh ditandakan layak penghantaran percuma. Ini bukan setakat produk itu sahaja.
Kalau troli mengandungi walaupun satu produk yang ditanda, seluruh order dihantar percuma — tanpa mengira ambang, dan tanpa mengira apa lagi yang ada dalam troli.
Jadi kalau anda menanda satu produk RM10 sebagai penghantaran percuma, customer boleh menambahnya ke dalam troli dan mendapat penghantaran percuma untuk keseluruhan order mereka.
Ini kadangkala memang yang anda mahu — untuk kempen, atau untuk produk peneraju. Tetapi ia perlu satu keputusan yang disengajakan, bukan kotak yang ditanda tanpa berfikir.
Semak produk yang ditanda anda sebelum kempen besar.
Mematikan Kos Penghantaran Sepenuhnya
Anda boleh mematikan caj penghantaran, dan customer tidak akan nampak apa-apa kos penghantaran langsung.
Kos courier sebenar tetap wujud — anda hanya menyerapnya. Pastikan margin anda menampungnya sebelum menghidupkan ini.
Yuran Platform Berasingan
Yuran platform setiap penghantaran adalah kos anda, bukan kos customer. Ia tidak muncul semasa checkout dan tidak berkaitan dengan kadar penghantaran yang anda tetapkan di sini.
Lihat Beza Plan.
Adakah artikel ini membantu?

