Ranking: Kenapa Kedudukan Anda Begitu
Ranking mengira sales yang sudah sampai kepada customer. Faham apa yang masuk, apa yang tidak masuk, dan kenapa kedudukan boleh berubah.
Ranking ialah cara melihat prestasi penghantaran ahli pasukan dalam satu tempoh. Ranking dikira berdasarkan sales yang sudah sampai kepada customer — bukan sekadar order yang sudah dicipta.
Apa Yang Dikira
Satu order masuk dalam Ranking apabila:
- status fulfillmentnya Completed;
- order itu ada ahli pasukan yang sebenar sebagai pemilik atau pengendali; dan
- tarikh order sampai atau selesai berada dalam tempoh yang dipilih.
Ranking merangkumi order daripada semua saluran. Ia menggunakan tarikh delivery, bukan tarikh order dibuat. Jadi order yang dijual pada hujung bulan tetapi dihantar pada bulan berikutnya masuk dalam ranking bulan deliverynya.
Sales, bilangan order, dan AOV dikira daripada order yang completed itu. Commission hanya dipaparkan kepada HQ; ia tidak mengubah sales atau kedudukan ranking.
Apa Yang Tidak Dikira
Order New, Pending, atau In Transit belum masuk Ranking kerana customer belum menerima parcel. Ranking pada order yang masih boleh gagal akan mudah dimanipulasi — seseorang boleh naik dengan order yang belum tentu sampai.
Order yang Returned, Cancelled, atau Rejected juga tidak dikira. Ia tidak memerlukan senarai pengecualian berasingan: selagi order bukan Completed, ia tidak menyumbang kepada Ranking.
Cara Baca Paparan Ranking
Ranking dibuka pada This Month secara lalai. Pilih date range yang sama apabila membandingkan dua orang atau dua tempoh.
Jadual menunjukkan:
- Rank — kedudukan berdasarkan jumlah sales completed;
- Orders — bilangan order completed;
- Sales — nilai sales completed;
- AOV — purata nilai sales bagi setiap order completed; dan
- Comm. — commission untuk rujukan HQ.
HQ dan ahli pasukan menggunakan asas kiraan ranking yang sama. Perbezaannya ialah commission disembunyikan daripada ahli pasukan bukan HQ.
Kenapa Ranking Saya Turun
Kedudukan boleh turun walaupun tiada order baharu hilang. Punca yang biasa ialah:
- orang lain mendapat lebih banyak sales yang sudah delivered dalam tempoh yang sama;
- tempoh yang dipilih berubah;
- order yang sebelum ini Completed kemudian menjadi Returned, Cancelled, atau status issue lain; atau
- order dibuat dalam tempoh itu tetapi hanya delivered selepas tempoh tersebut.
Jika sejarah order pernah diimport dan angka nampak tidak lengkap, super_user boleh tekan Rebuild untuk bina semula ranking daripada sejarah order workspace. Untuk bacaan angka Dashboard yang berbeza daripada Ranking, lihat Cara Baca KPI Dashboard. Untuk maksud status order, lihat Status Order dan apa maksudnya.
Adakah artikel ini membantu?

