Order Singapore & COD Dalam SGD
Order Singapore disimpan dalam dua mata wang serentak — SGD untuk customer dan courier, MYR untuk penyelesaian anda. Untuk COD, mata wang yang salah bermakna duit yang salah dikutip.
Kalau anda jual ke Singapore, satu order membawa dua mata wang pada masa yang sama. Ini bukan kerumitan yang direka-reka — ia perlu, sebab customer bayar dalam SGD tetapi bisnes anda diselesaikan dalam MYR.
Dua Angka, Dua Tujuan
Angka SGD adalah apa yang customer nampak, apa yang mereka setuju bayar, dan apa yang courier kutip kalau ia COD.
Angka MYR adalah angka yang digunakan untuk penyelesaian, laporan, dan kiraan komisen anda. Ia adalah angka SGD yang ditukar mengikut kadar pertukaran pada masa order dicipta.
Kadar pertukaran itu dikunci pada masa order dicipta, bukan dikira semula kemudian. Jadi order minggu lepas kekal pada kadar minggu lepas walaupun kadar berubah hari ini.
Kenapa Ini Paling Penting Untuk COD
Untuk order COD Singapore, jumlah yang dihantar ke courier mestilah angka SGD.
Kalau angka MYR yang dihantar, courier akan kutip jumlah yang salah dari customer — dan anda hanya akan tahu selepas parcel sampai dan customer marah.
ARAS mengendalikan ini secara automatik. Pada label dan pada arahan kutipan yang dihantar ke courier, order Singapore akan menunjukkan SGD, bukan RM. Kalau anda nampak RM pada order Singapore, itu tanda ada yang tidak kena — hubungi kami.
Bila Kadar Pertukaran Tak Boleh Diperoleh
Kalau ARAS tak dapat tentukan kadar pertukaran ketika anda cuba cipta order Singapore secara manual, order itu tidak akan disimpan. Anda akan nampak ralat, bukan order yang berjaya.
Ini disengajakan. Menyimpan order pada kadar 1:1 secara senyap bermakna order SGD 100 direkod sebagai RM100 — dan kesilapan itu hanya akan ditemui berbulan kemudian dalam laporan.
Produk Mesti Ada Harga Singapore
Bila anda cipta order Singapore, pemilih produk hanya akan tunjukkan produk yang sudah dikonfigurasi untuk pasaran Singapore, dengan harga SGD masing-masing.
Kalau produk anda tak muncul, ia belum ada harga SGD. Tetapkan harga itu pada produk dahulu sebelum cuba cipta order.
Yuran Bayaran Tidak Dikenakan Untuk Order SG
Yuran bayaran tetap yang dikenakan pada sesetengah cara bayaran adalah dalam MYR dan tidak direka untuk pelbagai mata wang. Untuk order Singapore, yuran itu dilangkau sepenuhnya.
Adakah artikel ini membantu?

