Bagaimana Komisen Dikira
Setiap order tahu siapa yang jual, dan komisen dikira dari situ. Panduan ini terangkan dari mana kadar datang dan kenapa order lama tak berubah bila kadar dikemas kini.
Komisen dalam ARAS bermula dengan satu perkara: setiap order tahu siapa yang menjualnya. Tiada pengiraan hujung bulan, tiada spreadsheet yang perlu diselaraskan.
Dari Mana Kadar Datang
Kadar komisen ditetapkan pada produk. Setiap produk boleh ada kadar komisennya sendiri, sebab margin anda tidak sama untuk setiap barang.
HQ juga boleh tetapkan kadar khas untuk ahli tertentu. Kalau seorang ejen ada kadar yang ditetapkan khas untuk mereka, kadar itu digunakan dan bukan kadar lalai produk.
Ini berguna bila anda ada stockist yang beli dalam kuantiti besar dan berhak dapat lebih daripada ejen biasa.
Peranan Dikunci Pada Masa Order Dicipta
Bila order dicipta, ARAS rekod siapa yang jual dan apa peranan mereka pada masa itu.
Kalau ejen itu naik pangkat jadi stockist bulan depan, order lama mereka masih direkod sebagai order ejen. Kadar komisen lama tidak dikira semula.
Ini disengajakan. Laporan yang sudah ditutup dan komisen yang sudah dibayar tidak sepatutnya berubah secara surut hanya kerana seseorang naik pangkat.
Bila Komisen Dikira
Komisen tidak dikira ketika order dicipta. Ia dikira apabila order selesai — iaitu bila parcel benar-benar sampai kepada customer.
Sebelum itu, komisen atas order tersebut muncul dalam wallet ejen sebagai jumlah dalam perjalanan. Ia bukan baki. Ia anggaran apa yang akan datang kalau order itu berjaya.
Ini pembezaan yang penting: order yang baharu masuk tidak menambah duit dalam wallet sesiapa.
Selepas Dikira, Ia Belum Boleh Dikeluarkan
Ini bahagian yang paling kerap mengelirukan. Bila order selesai dan komisen dikira, duit itu tidak terus jadi boleh dikeluarkan.
Ia masuk ke baki Ditahan dahulu, selama tujuh hari.
Butiran penuh, termasuk kenapa tempoh itu wujud: Tempoh Tahan Komisen.
Kenapa Angka Komisen Tak Padan Dengan Angka Jualan
Sebab keduanya dikumpul mengikut perkara berbeza.
Angka jualan dikumpul mengikut status penghantaran — order dalam perjalanan tetap dikira sebagai jualan. Angka komisen dikumpul mengikut status komisen — order yang sama itu belum ada komisen sebagai duit di mana-mana.
Kedua-duanya betul. Ia mengukur benda berbeza.
Kalau Anda Bina Rangkaian Ejen
Kalau ejen anda merekrut ejen lain, ada lapisan komisen tambahan yang boleh diaktifkan di atas kadar biasa. Lihat Komisen Rangkaian.
Adakah artikel ini membantu?

