Aras

Naik Taraf & Pembayaran

Cara naik taraf plan, bila ciri baharu terbuka, dan apa yang berlaku kepada data anda kalau langganan berhenti.

Dikemas kini 1 Ogos 2026Untuk HQ

Naik taraf dibuat dari halaman Upgrade dalam dashboard. Hanya HQ boleh menaik taraf — ahli pasukan tidak nampak halaman ini.

Cara Naik Taraf

  1. Buka halaman Upgrade
  2. Pilih plan
  3. Anda akan dibawa ke halaman pembayaran yang selamat untuk isi butiran kad
  4. Selepas pembayaran berjaya, anda dibawa kembali ke ARAS

Butiran kad diisi pada halaman pemproses pembayaran, bukan dalam ARAS. Kami tidak nampak dan tidak menyimpan nombor kad anda.

Bila Ciri Baharu Terbuka

Plan dikemas kini apabila pembayaran disahkan, bukan apabila anda tekan butang. Biasanya ini beberapa saat.

Kalau selepas seminit dashboard masih menunjukkan plan lama, muat semula halaman. Kalau selepas muat semula ia masih lama, mesej kami — jangan bayar kali kedua.

Had Yang Terbuka Serta-Merta

Had order dan bilangan storefront dikemas kini serta-merta apabila plan berubah.

Yuran platform yang lebih rendah pada plan Peniaga terpakai untuk penghantaran selepas naik taraf. Penghantaran yang sudah berlaku sebelum itu tidak dikira semula.

Menyambung Akaun Ninja Van Anda Sendiri

Naik taraf ke Peniaga membuka pilihan itu, tetapi tidak menyambungkannya untuk anda. Anda perlu masukkan kredensial Ninja Van anda sendiri selepas naik taraf.

Sehingga anda buat itu, anda masih menghantar melalui akaun ARAS. Lihat Mode A vs Mode B.

Kalau Langganan Berhenti

Data anda tidak dipadam. Order, customer, produk, dan rekod komisen kekal.

Yang berubah ialah had — anda kembali kepada had plan Percuma, jadi ciri seperti storefront tambahan atau akaun courier sendiri akan berhenti.

Wallet dan baki komisen tidak terjejas. Duit yang sudah matang kekal boleh dikeluarkan.

Pelan Enterprise

Kalau volum anda melebihi apa yang plan Peniaga tampung, atau anda perlukan susunan yang berbeza, mesej kami di WhatsApp. Ini dirundingkan satu-satu, bukan dibeli dari halaman Upgrade.


Adakah artikel ini membantu?

Artikel berkaitan