Aras

Sambung TikTok Shop

Sambungkan kedai TikTok Shop anda supaya order, produk, dan stok segerak dengan ARAS. Sambungan dibuat melalui kebenaran TikTok — anda tidak perlu kredensial API.

Dikemas kini 1 Ogos 2026Untuk HQ

TikTok Shop disambung melalui kebenaran rasmi TikTok. Anda tidak perlu kunci API atau kredensial — anda hanya beri kebenaran kepada ARAS melalui skrin TikTok sendiri.

Cara Sambung

  1. Dalam ARAS, pergi ke tetapan integrasi dan pilih TikTok Shop
  2. Anda akan dibawa ke skrin kebenaran TikTok
  3. Log masuk dengan akaun TikTok Shop anda dan luluskan kebenaran
  4. Anda akan dibawa kembali ke ARAS secara automatik

Sebaik sahaja sambungan berjaya, ARAS akan terus menarik masuk order dari tujuh hari terakhir supaya anda tidak bermula dengan senarai kosong.

Backfill itu berjalan di latar belakang. Kalau skrin nampak selesai sebelum semua order muncul, tunggu sebentar dan muat semula — proses itu diteruskan di pelayan walaupun anda tutup halaman.

Apa Yang Segerak

Order masuk secara automatik apabila customer beli. Order TikTok muncul dalam senarai order biasa anda, dengan saluran ditandakan sebagai TikTok.

Produk boleh disegerakkan supaya senarai produk ARAS anda padan dengan kedai TikTok.

Stok disegerakkan supaya jualan di satu tempat mengurangkan stok yang dipaparkan di tempat lain.

Kebenaran diperbaharui sendiri. Anda tidak perlu sambung semula setiap beberapa bulan.

Penjejakan Dihantar Kembali Ke TikTok

Bila anda jana AWB dalam ARAS, nombor penjejakan dihantar kembali ke TikTok supaya customer nampak status penghantaran dalam aplikasi TikTok mereka.

Ini hanya berlaku untuk order yang anda hantar sendiri. Kalau order itu menggunakan penghantaran yang diuruskan TikTok, penjejakan tidak dihantar kembali — TikTok sudah menguruskannya, dan menghantar nombor kami akan bercanggah dengan nombor mereka.

Kalau Order TikTok Tak Muncul

Semak mengikut urutan ini:

  1. Sambungan masih aktif — buka tetapan integrasi dan sahkan kedai masih tersenarai
  2. Order itu benar-benar sudah dibayar di TikTok, bukan sekadar dalam troli
  3. Cuba jalankan segerak order secara manual dari tetapan integrasi

Kalau selepas ketiga-tiga itu order masih tiada, mesej kami dengan nombor order TikTok.

Memutuskan Sambungan

Anda boleh putuskan sambungan kedai TikTok dari tetapan integrasi yang sama. Order yang sudah masuk kekal dalam ARAS — memutuskan sambungan hanya menghentikan order baharu daripada mengalir masuk.


Adakah artikel ini membantu?

Artikel berkaitan