Apa Itu ARAS (Dan Apa Ia Bukan)
ARAS adalah sistem pengurusan order untuk seller Malaysia yang jual melalui banyak saluran dan bekerja dengan ejen. Ia bukan marketplace, dan ia bukan platform yang bawa customer untuk anda.
ARAS adalah Order Management System (OMS) — satu tempat untuk semua order anda, dari mana-mana saluran ia datang.
Kalau anda jual melalui WhatsApp, storefront sendiri, WooCommerce, dan TikTok Shop serentak, anda mungkin sedang buka empat tab dan satu spreadsheet setiap pagi. ARAS himpunkan semua itu jadi satu senarai order, satu senarai customer, dan satu tempat untuk jana AWB.
Apa Yang ARAS Buat
Kumpul order dari semua saluran. Order dari storefront ARAS anda, dari WooCommerce, dari TikTok Shop, dan yang anda key-in sendiri dari WhatsApp — semua masuk dalam satu senarai.
Uruskan ejen dan komisen. Kalau anda ada pasukan ejen, stockist, atau dropship, setiap order tahu siapa yang jual. Komisen dikira automatik, bukan ditaip dalam spreadsheet hujung bulan.
Jana AWB dan jejak penghantaran. Alamat customer terus jadi waybill. Status penghantaran masuk balik ke dalam order tanpa anda perlu check portal courier.
Simpan data customer anda. Nombor telefon, alamat, sejarah pembelian — semuanya milik anda, bukan tersimpan dalam platform orang lain.
Apa Yang ARAS Bukan
Ini bahagian yang paling penting, dan paling kerap disalah faham.
ARAS bukan marketplace. Tiada sesiapa akan jumpa produk anda dengan "browse" dalam ARAS. Tiada traffic percuma dari kami. Anda bawa customer sendiri — melalui iklan, media sosial, ejen, atau senarai WhatsApp anda.
Itulah maksud model BYOT — Bring Your Own Traffic. ARAS adalah infrastruktur yang anda kawal, bukan platform yang kawal anda. Tak ada algoritma yang boleh tiba-tiba potong jangkauan anda, dan tak ada akaun yang boleh disuspend lalu melenyapkan bisnes anda dalam satu malam.
ARAS bukan sistem perakaunan. Ia rekod jualan, kos penghantaran, dan komisen — tetapi ia bukan ganti perakaunan atau pemfailan cukai anda.
ARAS bukan platform iklan. Ia tak jalankan iklan dan tak jana leads.
Siapa Yang Sesuai Guna ARAS
ARAS paling berguna bila sekurang-kurangnya satu daripada ini betul tentang bisnes anda:
- Anda terima order dari lebih daripada satu saluran
- Anda ada ejen, stockist, atau dropship yang perlu dibayar komisen
- Anda hantar cukup banyak parcel sampai jana AWB satu-satu sudah membazir masa
- Anda guna COD dan perlu tahu berapa yang sudah dikutip berbanding yang masih tergantung
Kalau anda baru mula dan terima tiga order seminggu melalui WhatsApp sahaja, ARAS mungkin lebih daripada yang anda perlukan buat masa ini. Tak apa — kembali bila operasi anda mula terasa sesak.
Langkah Seterusnya
Kalau anda baru masuk workspace buat kali pertama, teruskan ke Peranan & Kebenaran untuk faham siapa boleh buat apa dalam pasukan anda.
Adakah artikel ini membantu?

