COD & Surcaj COD
Cara hidup-matikan COD, dan satu perkara penting tentang surcaj COD: ia tidak dikenakan pada order storefront, walaupun ia ditetapkan pada halaman tetapan storefront.
Kedua-dua tetapan COD ada di halaman Storefront → Shipping, dalam kad Payment Methods.
Baca Ini Dahulu — Surcaj COD Tidak Dikenakan Di Storefront
Ini perkara yang paling mengelirukan dalam keseluruhan tetapan ini, jadi ia didahulukan.
Anda boleh tetapkan surcaj COD — jumlah tetap atau peratusan yang ditambah kepada order COD. Tetapi surcaj itu hanya dikenakan pada order yang dibuat dari dalam dashboard.
Order yang customer buat sendiri di storefront tidak dikenakan surcaj itu. Customer bayar harga barang dan penghantaran sahaja.
Jadi walaupun tetapan itu duduk di halaman Storefront, ia tidak menyentuh storefront. Ia terpakai bila anda atau ejen anda key-in order secara manual — dari Order Baharu, order pukal, atau bila anda tukar cara bayar pada order sedia ada.
Kalau anda menetapkan surcaj RM3 dan tertanya-tanya kenapa order storefront tidak menunjukkannya, itulah sebabnya. Ia bukan pepijat.
Menghidupkan Dan Mematikan COD
Suis COD mengawal sama ada COD muncul sebagai pilihan bayar di storefront anda.
Bila dimatikan, COD hilang dari checkout, dan pelayan turut menolak sebarang order COD walaupun seseorang cuba menghantarnya terus. Perlindungan itu ada di kedua-dua belah, bukan sekadar paparan.
Merchant yang belum pernah menyentuh tetapan ini mempunyai COD hidup secara lalai.
Surcaj Tetap vs Peratusan
Untuk order yang dibuat dalam dashboard, surcaj boleh dalam dua bentuk:
- Tetap — jumlah ringgit yang sama untuk setiap order COD
- Peratusan — peratusan daripada nilai order, maksimum 100
Ejen anda melihat surcaj yang sama seperti yang anda tetapkan. Kalau tidak, ejen akan mengenakan harga COD berbeza daripada HQ untuk barang yang sama.
Kenapa COD Kadang Hilang Walaupun Anda Hidupkannya
Ada sebab kedua yang boleh menyembunyikan COD di checkout: courier yang dipilih tidak menyokong COD.
Kalau customer memilih pilihan penghantaran yang tidak boleh mengutip tunai, COD akan hilang untuk pilihan itu walaupun suis anda hidup. Tukar pilihan penghantaran, dan COD muncul semula.
Jadi kalau COD nampak hilang, semak dua perkara mengikut urutan:
- Suis COD dalam Storefront → Shipping
- Pilihan penghantaran yang customer pilih di checkout
Order COD Singapore
Untuk order COD ke Singapore, jumlah yang dikutip mestilah dalam SGD, bukan MYR. ARAS uruskan ini secara automatik. Lihat Order Singapore & COD.
Adakah artikel ini membantu?

