Aras

Nombor Order & Prefix

Setiap order dapat nombor yang customer nampak, contohnya GRN1000008. Panduan ini terangkan cara menetapkan prefix dan nombor permulaan, dan kenapa ia bermula pada satu juta.

Dikemas kini 1 Ogos 2026Untuk HQ

Setiap order dalam ARAS membawa satu nombor yang customer nampak — contohnya GRN1000008. Ia terdiri daripada dua bahagian yang anda kawal: prefix dan nombor permulaan.

Tetapannya ada di Settings → Business, dalam bahagian Order Numbering.

Prefix

Beberapa huruf besar di hadapan setiap nombor order, biasanya singkatan jenama anda. GRN untuk Greenly, sebagai contoh.

Ia muncul pada mesej pengesahan, resit, dan bila customer bertanya "order saya nombor berapa". Pilih sesuatu yang anda selesa menyebut melalui telefon.

Nombor Permulaan

Nombor mula bagi order seterusnya. Halaman tetapan menunjukkan pratonton order berikutnya sambil anda menaip, jadi anda nampak hasilnya sebelum menyimpan.

Kenapa Ia Bermula Pada Satu Juta

Nilai lalai ialah 1000000, jadi order pertama anda menjadi sesuatu seperti GRN1000001.

Ini disengajakan. Kalau order pertama anda bernombor 1, setiap customer yang menerimanya tahu mereka customer pertama anda — dan customer ke-15 tahu anda baru buat 15 jualan.

Bermula pada satu juta menghilangkan isyarat itu. Tiada sesiapa boleh membaca volum bisnes anda daripada nombor order.

Anda boleh menukarnya kepada nilai lain kalau anda mahu, tetapi pertimbangkan perkara ini dahulu.

Menukar Prefix Selepas Ada Order

Menukar prefix hanya memberi kesan kepada order baharu. Order lama kekal dengan prefix yang direkod pada masa ia dicipta.

Ini disengajakan — nombor order yang sudah diberikan kepada customer, dicetak pada label, dan dirujuk dalam perbualan WhatsApp tidak sepatutnya berubah secara senyap.

Kesan sampingannya: kalau anda menukar prefix, anda akan ada dua format dalam senarai order anda buat sementara. Itu normal.

Nombor Order Bukan Nombor Penjejakan

Dua benda berbeza yang kerap dicampur aduk:

  • Nombor order — dijana oleh ARAS, contohnya GRN1000008. Untuk anda dan customer merujuk kepada jualan itu.
  • Nombor penjejakan (AWB) — dijana oleh courier bila anda jana AWB. Untuk menjejak parcel.

Bila customer bertanya "mana parcel saya", mereka perlukan nombor penjejakan. Bila mereka bertanya "order saya yang mana", mereka perlukan nombor order.

Tetapkan Ini Sebelum Order Sebenar

Prefix dan nombor permulaan paling mudah ditetapkan sebelum anda mula terima order. Lihat Setup Workspace Pertama.


Adakah artikel ini membantu?

Artikel berkaitan