Aras

Minta Pengeluaran (Withdrawal)

Cara ahli pasukan minta komisen dikeluarkan ke akaun bank, apa yang berlaku kepada baki sebaik permohonan dihantar, dan apa yang HQ buat selepas itu.

Dikemas kini 1 Ogos 2026Untuk HQUntuk ahli pasukan

Pengeluaran hanya boleh dibuat dari baki Boleh keluar. Baki Ditahan dan jumlah dalam perjalanan tidak boleh disentuh — bukan sebab peraturan, tetapi sebab sistem memang tidak membenarkannya.

Sebelum Anda Boleh Minta

Butiran bank anda mesti sudah diisi. Tanpa nama bank, nombor akaun, dan nama pemegang akaun, tiada tempat untuk duit itu pergi.

Isi ini sekali dalam tetapan profil anda. Ia kekal untuk pengeluaran seterusnya.

Semak juga nama pemegang akaun padan dengan nama pada akaun bank sebenar. Nama yang tak padan adalah punca paling biasa pemindahan gagal, dan ia hanya diketahui selepas bank tolak.

Bila Anda Hantar Permohonan

Sebaik sahaja anda hantar, baki Boleh keluar anda ditolak serta-merta.

Ini mengejutkan sesetengah orang — duit belum masuk akaun bank, tetapi baki sudah berkurang. Itu memang sengaja: duit itu sudah ditempah untuk permohonan anda, jadi ia tidak boleh diminta dua kali sementara menunggu diproses.

Permohonan itu kemudian muncul kepada HQ sebagai menunggu kelulusan.

Kalau Permohonan Ditolak

Duit dikembalikan ke baki Boleh keluar anda, dan rekod pemulangan itu ditulis dalam sejarah wallet.

Anda boleh minta semula selepas itu.

Apa Yang HQ Buat

HQ nampak semua permohonan pengeluaran dalam workspace. Untuk setiap satu, mereka:

  1. Semak permohonan dan butiran bank
  2. Luluskan atau tolak
  3. Buat pemindahan bank sebenar di luar ARAS
  4. Tandakan sebagai sudah dibayar

Langkah 3 berlaku di luar ARAS. ARAS merekod dan menjejak permohonan; ia tidak memindahkan duit. Pemindahan sebenar dibuat melalui perbankan anda seperti biasa.

Sejarah Wallet

Setiap pergerakan dalam wallet direkod — komisen matang, permohonan pengeluaran, pemulangan, dan penarikan balik.

Kalau baki anda tidak seperti yang dijangka, sejarah itu tempat untuk semak. Setiap perubahan ada barisnya sendiri.

Nota Untuk HQ: Jangan Cipta Rekod Pembayaran Secara Manual

Rekod pembayaran dicipta oleh sistem apabila ahli menghantar permohonan, bukan ditulis tangan. Ini yang memastikan baki ditempah dengan betul pada masa permohonan.

Kalau anda perlukan pembayaran yang tidak melalui aliran ini, mesej kami dahulu — jangan cari jalan pintas dalam data.


Adakah artikel ini membantu?

Artikel berkaitan