Aras

Batal Order Courier & AWB

AWB yang sudah dijana boleh dibatalkan, tetapi hanya sebelum parcel diambil. Panduan ini terangkan bila pembatalan berjaya dan apa yang berlaku kepada komisen.

Dikemas kini 1 Ogos 2026Untuk HQ

Kadang-kadang AWB dijana untuk order yang sepatutnya tidak dihantar — customer batalkan, order rupanya duplikat, atau stok habis selepas order masuk.

Batalkan Sebelum Pickup

Selagi parcel belum diambil oleh courier, AWB boleh dibatalkan dari order berkenaan. Nombor penjejakan itu ditamatkan dan tidak lagi sah.

Buat ini secepat mungkin selepas anda tahu order itu tidak jadi. Semakin lama anda tunggu, semakin besar kemungkinan parcel sudah masuk sistem courier.

Selepas Parcel Diambil

Sebaik sahaja courier ambil parcel, ARAS tidak lagi boleh membatalkannya. Parcel sudah dalam rangkaian mereka.

Pada titik itu pilihan anda ada dua:

  • Biarkan ia sampai, dan uruskan pemulangan dengan customer
  • Hubungi Ninja Van terus untuk cuba pintas penghantaran

Untuk seller Mode B yang guna akaun Ninja Van sendiri, hubungi mereka melalui akaun anda. Untuk Mode A, mesej kami dengan nombor AWB.

Jangan Jana AWB Kedua Untuk Order Yang Sama

Satu order satu AWB. Kalau anda perlukan label baharu — contohnya alamat customer bertukar — batalkan yang lama dahulu, betulkan alamat, kemudian jana semula.

Menjana dua AWB untuk satu order bermakna anda kena caj dua kali, dan satu daripadanya untuk parcel yang tak wujud.

Apa Yang Berlaku Kepada Komisen

Bila order ditandakan dibatalkan, dipulangkan, atau ditolak, komisen atas order itu ditarik balik secara automatik.

Kalau komisen masih dalam tempoh tahan tujuh hari, ia ditarik terus dari baki Ditahan dan tidak pernah menjadi duit yang boleh dikeluarkan.

Kalau ia sudah matang ke baki Boleh Keluar, ia ditarik dari situ. Tetapi penarikan hanya boleh ambil apa yang masih ada — kalau ejen sudah keluarkan duit itu, ia kekal milik mereka.

Kos Yang Sudah Terlanjur

Kalau AWB sudah dijana dan courier sudah caj, kos itu tidak hilang hanya kerana order dibatalkan. Ini sebab utama untuk semak order sebelum jana AWB, bukan selepas — terutamanya order yang ditanda berkemungkinan duplikat.

Lihat Order Duplikat.


Adakah artikel ini membantu?

Artikel berkaitan