Setup Storefront & Slug
Storefront adalah kedai awam anda di store.aras.my. Panduan ini terangkan cara pilih slug, hidupkan kedai, dan apa yang customer boleh buat di sana.
Storefront adalah kedai awam anda, dan ia hidup di store.aras.my/nama-kedai-anda.
Customer tidak perlu akaun untuk membeli. Mereka pilih barang, isi alamat, pilih cara bayar, dan siap. Order masuk terus ke senarai order ARAS anda.
Slug — Alamat Kedai Anda
Slug adalah bahagian selepas store.aras.my/. Ia mesti unik merentasi semua kedai dalam ARAS.
Pilih dengan berhati-hati:
- Pendek dan senang disebut melalui telefon
- Nama jenama anda, bukan penerangan produk
- Huruf kecil, guna tanda sempang untuk pisahkan perkataan
- Tiada tahun atau nombor kempen yang akan jadi lapuk
Anda akan menaip alamat ini dalam bio Instagram, mesej WhatsApp, dan iklan. Slug yang bersih berbaloi.
Menghidupkan Kedai
Storefront tidak kelihatan kepada orang awam sehingga anda mengaktifkannya. Sebelum itu, alamat itu tidak akan memaparkan apa-apa.
Sebelum mengaktifkan, pastikan:
- Sekurang-kurangnya satu produk sedia untuk dipaparkan
- Setiap produk ada gambar dan harga
- Berat penghantaran ditetapkan pada produk — tanpa ini AWB akan gagal kemudian
- Kos penghantaran sudah disemak
Tema
Ada tiga tema: lalai, putih, dan hitam. Ia mengubah rupa kedai anda tanpa mengubah susun atur.
Tema disimpan pada storefront, jadi ia terpakai kepada semua pelawat serta-merta selepas anda tukar.
Berapa Storefront Anda Boleh Ada
Plan Percuma dan Asas termasuk satu storefront. Plan Peniaga termasuk tiga.
Tiga storefront berguna kalau anda menjalankan beberapa jenama berasingan dari satu operasi. Lihat Beza Plan.
Selepas Kedai Hidup
Perubahan produk tidak sentiasa muncul serta-merta di kedai awam. Katalog awam adalah salinan ringan yang dikemas kini oleh sistem selepas anda menyimpan.
Kalau perubahan tidak muncul selepas seminit atau dua, muat semula halaman kedai. Kalau ia masih lama selepas itu, mesej kami.
Storefront Tidak Membawa Customer
Ia tempat untuk customer membeli — bukan tempat mereka menemui anda. Tiada carian, tiada senarai kedai, tiada traffic dari ARAS.
Anda yang bawa customer ke sana melalui WhatsApp, media sosial, iklan, atau ejen. Ini model BYOT, dan ia disengajakan. Lihat Apa Itu ARAS.
Adakah artikel ini membantu?

