Peranan & Kebenaran — Siapa Boleh Buat Apa
Setiap ahli dalam workspace ada satu peranan, dan peranan itu tentukan apa yang mereka nampak. Panduan ini terangkan keenam-enam peranan dan beza antara HQ dengan yang lain.
Dalam ARAS, peranan ditetapkan pada setiap workspace, bukan pada akaun anda. Orang yang sama boleh jadi HQ dalam satu workspace dan ejen dalam workspace lain. Bila anda tukar workspace, apa yang anda nampak turut berubah.
Enam Peranan
| Peranan | Akses | Dapat komisen |
|---|---|---|
super_user |
Penuh — HQ | Ya |
ops_admin |
Penuh — HQ | Ya |
team |
Order sendiri | Ya |
stockist |
Order sendiri | Ya |
dropship |
Order sendiri | Ya |
agent |
Order sendiri | Ya |
Dua peranan pertama — super_user dan ops_admin — dipanggil HQ. Empat yang lain kami rujuk secara umum sebagai ahli pasukan.
Apa Yang HQ Boleh Buat
HQ nampak keseluruhan workspace:
- Semua order daripada semua ahli, bukan hanya order sendiri
- AWB Manager, termasuk penjanaan AWB secara pukal
- Inbox WhatsApp
- Tetapan courier, storefront, dan penghantaran
- Laporan penyelesaian dan kredit AWB
- Senarai penuh pasukan, jemputan, dan kadar komisen
- Permohonan pengeluaran daripada ahli pasukan
super_user biasanya pemilik bisnes. ops_admin adalah untuk orang yang anda percaya untuk jalankan operasi harian — mereka nampak dan buat perkara yang sama.
Apa Yang Ahli Pasukan Nampak
team, stockist, dropship, dan agent semuanya nampak perkara yang sama secara asasnya:
- Order mereka sendiri sahaja. Order yang mereka tidak jual tidak akan muncul.
- Komisen mereka sendiri, termasuk yang masih dalam tempoh tahan.
- Wallet mereka sendiri, dan butang untuk minta pengeluaran.
- Produk, ranking, dan storefront workspace.
Perbezaan antara empat peranan ini bukan tentang kebenaran teknikal — ia tentang bagaimana anda susun pasukan anda dan kadar komisen yang anda tetapkan untuk setiap seorang. Seorang stockist yang simpan stok sendiri dan seorang dropship yang tidak, nampak skrin yang sama.
Kenapa Ahli Pasukan Tak Nampak Order Orang Lain
Ini bukan sekadar sekatan paparan. Peraturan keselamatan pada pangkalan data menolak sebarang bacaan yang termasuk order milik orang lain. Maknanya walaupun seseorang cuba capai data itu terus, ia tetap tidak akan berjaya.
Kesan sampingan yang berguna: anda boleh tambah ejen ke dalam workspace tanpa risau mereka nampak jualan, margin, atau customer ejen lain.
Menukar Peranan Seseorang
Hanya HQ boleh tukar peranan. Pergi ke Team, cari ahli berkenaan, dan kemas kini peranan mereka di situ.
Satu perkara penting: peranan direkod pada order pada masa order itu dicipta. Kalau seorang ejen naik pangkat jadi stockist hari ini, order lama mereka masih kekal sebagai order ejen. Ini disengajakan — laporan dan komisen lama tidak sepatutnya berubah secara surut hanya kerana seseorang naik pangkat.
Peranan Yang Belum Ada
Affiliate kadang-kadang ditanya. Ia belum wujud sebagai peranan workspace. Kalau anda perlukan seseorang yang hanya rujuk jualan tanpa memproses order, gunakan agent buat masa ini.
Adakah artikel ini membantu?

