Aras

Order Duplikat — Cara ARAS Kesan Dan Apa Anda Buat

ARAS tandakan order yang nampak berulang supaya anda tak hantar dua parcel untuk satu jualan. Tanda itu isyarat untuk disemak, bukan keputusan muktamad.

Dikemas kini 1 Ogos 2026Untuk HQ

Duplikat berlaku lebih kerap daripada yang disangka. Customer tekan checkout dua kali sebab halaman lambat. Ejen key-in order yang sebenarnya sudah masuk dari storefront. Customer WhatsApp anda, kemudian beli sendiri di storefront juga.

Setiap satu bermakna dua parcel keluar untuk satu jualan — dan kos penghantaran kedua itu keluar dari poket anda.

Cara ARAS Kesan

Order yang nampak berulang ditandakan dengan titik kecil dalam senarai order. Pengesanan berasaskan nombor telefon customer yang dinormalkan, bersama barang yang dibeli dalam tempoh yang berdekatan.

Nombor telefon dinormalkan supaya 012-345 6789, +60123456789, dan 0123456789 dikenali sebagai orang yang sama. Tanpa normalisasi ini, tiga cara menaip nombor yang sama akan nampak seperti tiga customer berbeza.

Tanda Itu Bukan Keputusan

Kadang-kadang customer memang beli dua kali betul-betul — sekali untuk diri sendiri, sekali untuk kawan. Itu bukan duplikat.

Sebab itu ARAS tidak pernah padam atau gabungkan order secara automatik. Ia tunjuk isyarat, anda yang putuskan.

Bila anda nampak tanda itu:

  1. Buka kedua-dua order dan bandingkan barang, kuantiti, dan masa
  2. Kalau ia jelas duplikat, batalkan yang kedua sebelum jana AWB
  3. Kalau customer memang beli dua kali, teruskan seperti biasa

Langkah kedua itu yang paling penting — batalkan sebelum AWB dijana. Selepas AWB keluar, anda sudah kena caj oleh courier.

Order Lama Yang Tiada Nombor Dinormalkan

Order yang dicipta sebelum sistem normalisasi diperkenalkan tiada nombor telefon yang dinormalkan, jadi ia tidak muncul dalam pengesanan utama. Untuk order-order itu, ARAS masih jalankan semakan lama yang lebih ringkas — padanan nombor telefon dengan nama barang pertama dalam tempoh 48 jam.

Kedua-dua isyarat muncul sebagai titik yang sama dalam senarai, cuma dengan penerangan berbeza bila anda tuding padanya.

Kalau Nombor Telefon Customer Salah

Pengesanan bergantung pada nombor telefon. Kalau nombor ditaip salah pada satu order, order itu tidak akan dikenali sebagai duplikat kepada yang lain.

Ini satu lagi sebab kenapa nombor telefon yang betul penting — bukan sekadar untuk courier hubungi customer. Lihat Nombor Telefon Customer Tak Betul.


Adakah artikel ini membantu?

Artikel berkaitan