Aras

Import Customer Dari CSV / Excel

Masukkan senarai customer sedia ada ke ARAS dengan fail CSV atau Excel. Panduan ini terangkan format, auto-mapping, duplicate strategy, bank fields, dan row yang terskip.

Dikemas kini 26 Ogos 2026Untuk HQ

Kalau senarai customer anda masih dalam spreadsheet, HQ boleh masukkan semuanya dari halaman Customers tanpa key in satu per satu. Import menerima fail .csv, .xlsx, dan .xls.

Sediakan Fail Anda

Hanya dua column wajib: Customer Name dan Phone Number. Email, source, internal notes, tiga baris alamat, postcode, city atau district, state, dan country semuanya optional.

ARAS cuba auto-map column yang biasa digunakan, termasuk header Melayu:

  • nama untuk nama customer;
  • notelefon, telefon, hp, nohp, atau whatsapp untuk nombor telefon;
  • emel, sumber, dan catatan;
  • alamat, alamat2, dan alamat3;
  • poskod, daerah atau bandar, negeri, dan negara.

Anda masih boleh semak dan tukar mapping sebelum import. Untuk nombor Malaysia, ARAS buang tanda baca dan ruang secara automatik. Nombor seperti 012-345 6789 menjadi 60123456789; nombor sembilan digit atau lebih yang belum bermula dengan 60 akan ditambah prefix 60.

Jika postcode ada tetapi city atau state kosong, ARAS cuba isi kedua-duanya berdasarkan postcode. Ini membantu apabila spreadsheet lama hanya menyimpan alamat dan postcode.

Tiga Langkah Import

Wizard berjalan dalam tiga langkah:

  1. Upload File — pilih fail CSV atau Excel anda.
  2. Map Columns — semak column yang dipadankan kepada field ARAS. Customer Name dan Phone Number mesti dipadankan.
  3. Preview & Strategy — semak jumlah Valid Rows Parsed, kemudian pilih cara handle customer yang sudah wujud.

Fail besar diimport secara batch dan ada progress indicator. Tiada had bilangan row yang perlu anda pecahkan sendiri.

Pilih Cara Handle Duplicate

Customer dikenal pasti melalui nombor telefon yang sudah dibersihkan. Jika nombor itu sudah wujud, hanya ada dua pilihan:

  • Skip Duplicate Records — abaikan row tersebut dan kekalkan data customer yang sedia ada tanpa perubahan.
  • Update Existing Records — kemas kini field yang ada dalam spreadsheet. Order dan metrics customer tidak disentuh. Column yang langsung tiada dalam file tidak ditulis.

Jika anda pilih Update tetapi spreadsheet tidak mempunyai column alamat, alamat sedia ada tidak akan dipadam. Untuk alamat, ARAS hanya menulisnya apabila row memang membawa data alamat. Ini berguna apabila anda mahu refresh nama atau email tanpa mengganggu alamat yang sudah disimpan.

Bank Fields Dan Row Yang Terskip

Import turut menerima:

  • bankName — alias seperti namabank;
  • bankAccountName — alias seperti namaakaun; dan
  • bankAccountNumber — alias seperti noakaun.

Maklumat bank disimpan dalam rekod HQ-only, bukan pada customer record yang boleh dibaca oleh ahli pasukan. Jika semua cell bank dalam row kosong, ARAS tidak buat write bank, jadi maklumat bank yang sudah ada tidak disentuh.

Spreadsheet yang membawa maklumat bank ialah data kewangan, bukan senarai marketing biasa. Simpan dan kongsi fail import dengan tahap berhati-hati yang sama seperti CSV export Customers.

Satu perkara yang mudah terlepas: row dengan nombor telefon yang tidak boleh dibaca akan terskip tanpa masuk ke success atau skip counter. Sebab itu jumlah pada toast akhir boleh jadi lebih kecil daripada jumlah row dalam fail. Bandingkan jumlah row asal dengan Valid Rows Parsed dan jumlah selesai; jika tidak sama, semak column phone untuk row yang kosong atau formatnya pelik.


Adakah artikel ini membantu?

Artikel berkaitan