Setup Workspace Pertama Anda
Sediakan satu produk untuk ARAS Storefront atau sambungkan kedai yang anda guna sekarang.
Workspace ialah tempat anda urus produk, order, customer dan ahli pasukan. Pilih cara anda nak mula menjual.
Mula dengan ARAS Storefront
- Buka Products dan tambah satu produk yang anda sedia jual. Isi nama, harga, SKU, stok, dan berat jika produk perlu dihantar. Dalam tetapan Storefront produk, pilih untuk menyenaraikannya.
- Buka Storefront dan pilih Preview untuk lihat rupa kedai anda. Anda boleh semak pilihan produk dan harga tanpa buat pembelian atau jana AWB.
- Pilih alamat kedai, kemudian semak kadar penghantaran dan cara bayaran. Periksa apa yang pelanggan akan nampak dan selesaikan sebarang tindakan yang ditunjukkan di tetapan.
- Bila sudah sedia, terbitkan kedai. Buka pautan awam untuk semak produk dan pilihan yang boleh dipilih pelanggan. Kemudian salin pautan untuk dikongsi di WhatsApp atau media sosial.
Lihat Setup Storefront & Slug dan Kos Penghantaran & Penghantaran Percuma.
Sambungkan kedai yang sudah digunakan
Buka Sales channels dan pilih WooCommerce atau TikTok Shop jika tersedia untuk pelan anda. Untuk WooCommerce, pasang dan tetapkan plugin, kemudian jalankan ujian sambungan. Untuk TikTok Shop, lengkapkan kebenaran sambungan dan jalankan import yang anda perlukan.
Sahkan SKU sepadan jika anda perlu padankan katalog. Selepas sambungan berjaya, semak produk atau order yang masuk ke ARAS. Jika belum ada data, semak status sambungan atau cuba import sekali lagi. Anda juga boleh teruskan dengan ARAS Storefront.
Tetapan pasukan dan courier
Jika anda menjual melalui ejen, tetapkan komisen sebelum mereka mula menjual. ARAS merekodkan kadar pada masa order dibuat. Lihat Jemput Ahli Pasukan. Untuk memilih cara penghantaran yang sesuai, lihat Mode A vs Mode B.
Adakah artikel ini membantu?