Aras

Order Tak Masuk Dari WooCommerce

Kalau order WooCommerce tak muncul dalam ARAS, punca hampir selalunya salah satu daripada empat perkara. Semak mengikut urutan ini.

Dikemas kini 1 Ogos 2026Untuk HQ

Semak mengikut urutan di bawah. Ia disusun mengikut kekerapan sebenar, bukan mengikut kesukaran.

1. Plugin Masih Aktif?

Buka Plugins dalam WordPress dan sahkan plugin jambatan ARAS masih tersenarai dan aktif.

Kemas kini WordPress, tukar tema, atau plugin keselamatan kadang-kadang menyahaktifkan plugin tanpa memberitahu sesiapa. Ini punca paling biasa, dan yang paling senang terlepas pandang.

2. Mesej "Berjaya" Bukan Bukti

Tetapan plugin boleh menunjukkan sambungan berjaya walaupun order sebenarnya tidak sampai. Jangan bergantung padanya sebagai pengesahan.

Ujian sebenar hanya satu: buat order ujian di kedai anda dan lihat sama ada ia muncul dalam ARAS.

Kalau order ujian sampai, sambungan berfungsi dan masalahnya di tempat lain.

3. SKU Padan?

Kalau order sampai tetapi barangnya nampak pelik — tiada komisen, berat tiada, nama produk tak dikenali — masalahnya SKU.

Setiap produk mesti ada SKU yang sama persis di WooCommerce dan dalam ARAS. Beza satu aksara sudah cukup untuk padanan gagal.

Semak beberapa produk yang paling laris dahulu; itu biasanya cukup untuk mengesahkan pola.

4. Order Itu Betul-Betul Selesai Di WooCommerce?

Order yang masih dalam keadaan menunggu bayaran atau ditinggalkan di halaman pembayaran tidak akan dihantar. Sahkan status order dalam WooCommerce sendiri.

Kalau Keempat-Empatnya Betul

Mesej kami, dan bawa perkara ini bersama:

  • Nombor order WooCommerce yang tidak sampai
  • Tarikh dan masa lebih kurang ia dibuat
  • Sama ada order ujian anda berjaya atau tidak

Tanpa nombor order tiada apa yang boleh dijejak, jadi jangan mesej tanpa itu.

Order Yang Terlepas Semasa Plugin Mati

Order yang berlaku ketika plugin tidak aktif tidak akan masuk secara surut apabila anda aktifkan semula. Ia perlu dimasukkan secara manual.

Untuk beberapa order, key-in satu-satu. Untuk banyak order, guna kemasukan pukal.


Adakah artikel ini membantu?

Artikel berkaitan