Aras

Sambung WooCommerce

Kedai WooCommerce anda boleh hantar order terus ke ARAS melalui plugin jambatan. Panduan ini terangkan cara pasang dan apa yang perlu disemak selepas itu.

Dikemas kini 1 Ogos 2026Untuk HQ

WooCommerce disambung ke ARAS melalui plugin jambatan yang dipasang pada laman WordPress anda. Selepas ia aktif, order baharu dari kedai anda muncul dalam ARAS secara automatik.

Sebelum Anda Mula

Anda perlukan:

  • Akses admin ke laman WordPress anda
  • Peranan HQ dalam workspace ARAS
  • Fail plugin, yang anda muat turun dari halaman Stores dalam ARAS

Langkah Pemasangan

  1. Dalam ARAS, pergi ke Stores dan pilih untuk sambungkan kedai WooCommerce
  2. Muat turun fail plugin dari situ
  3. Dalam WordPress, pergi ke Plugins → Add New → Upload Plugin dan muat naik fail itu
  4. Aktifkan plugin
  5. Buka tetapan plugin dan masukkan butiran sambungan yang ARAS tunjukkan kepada anda
  6. Simpan

Selepas disimpan, plugin akan sahkan sambungan. Jangan bergantung pada mesej "berjaya" sahaja — sahkan dengan langkah di bawah.

Sahkan Ia Betul-Betul Berfungsi

Cara paling pasti: buat satu order ujian di kedai WooCommerce anda dan lihat sama ada ia muncul dalam senarai order ARAS.

Kalau ia muncul, sambungan berfungsi. Kalau tidak, lihat Order Tak Masuk Dari WooCommerce.

Apa Yang Disambungkan

Order mengalir dari WooCommerce ke ARAS. Order baharu dan kemas kini status dihantar apabila ia berlaku, bukan disegerakkan sekali sekala.

Produk perlu wujud di kedua-dua tempat dengan SKU yang sama. Ini bahagian yang paling kerap tersilap — kalau SKU tak padan, ARAS tak dapat kaitkan barang yang dijual dengan produk dan kadar komisennya.

Kenapa SKU Mesti Padan

Bila order masuk dari WooCommerce, ARAS mencari produk dengan SKU yang sepadan untuk menentukan kadar komisen dan berat penghantaran.

Kalau SKU tak dijumpai, order tetap masuk — tetapi tanpa maklumat produk yang betul. Anda akan nampak kesannya sebagai komisen yang salah atau AWB yang gagal sebab tiada berat.

Semak SKU sebelum anda mula, bukan selepas seratus order masuk.

Kalau Anda Ada Ejen Dengan Kedai Sendiri

Setiap ahli boleh sambungkan kedai mereka sendiri. Syaratnya sama: SKU mesti padan dengan produk dalam workspace.

HQ nampak semua kedai yang disambung dalam workspace; ahli hanya nampak kedai mereka sendiri.


Adakah artikel ini membantu?

Artikel berkaitan